Dalam dunia bisnes atas talian adalah amat penting kepada peniaga untuk mengetahui strategi yang terbaik dalam mengembangkan syarikat mereka. Hal ini bukan sahaja mengenai produk yang ingin dipasarkan ke pasaran, malah perkara-perkara teknikal seperti nama domain, SSL certificates dan lain-lain juga perlu dititikberatkan oleh peniaga. Namun, sehingga ke hari ini ramai usahawan yang masih tidak tahu maksud dan kepentingan SSL Certificates ini kepada bisnes mereka. SSL Certificates adalah sijil digital yang mengesahkan identiti tapak web. SSL terdiri kepada Secure Socket Layers iaitu protokol keselamatan yang mencipta pautan sulit (encrypted link) antara web server dan web browser. Faedah Menggunakan SSL Certificates di Website Tapak web memerlukan sijil SSL untuk memastikan: Data pengguna selamat Mengesahkan pemilikan tapak web Menghalang pihak lain/attackers daripada mencipta tapak web baru versi palsu Menyampaikan dan meningkatkan kepercayaan kepada pengguna SSL mema...
Business | Marketing | Sales | Investment | Leadership