Skip to main content

Kesilapan Besar dalam Affiliate & Influencer Marketing

Affiliate marketing dan Influencer marketing kini semakin popular sebagai strategi pemasaran digital yang berkesan. Banyak syarikat dan jenama, terutamanya yang berpangkalan di HQ, sedang mencuba untuk memanfaatkan potensi kedua-dua strategi ini.


Namun, seperti mana-mana kempen pemasaran, ada kesilapan-kesilapan besar yang boleh merosakkan usaha yang telah dibuat. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan kesilapan-kesilapan utama yang perlu dielakkan oleh HQ (Headquarters) dalam Affiliate Marketing dan Influencer Marketing.


Kesilapan dalam Affiliate Marketing

1. Memilih Affiliate Berdasarkan Jumlah Follower Semata-mata Memang benar, banyak follower boleh meningkatkan jangkauan kempen, tetapi yang lebih penting ialah kesesuaian pengikut dengan produk anda. Pilih affiliate yang mempunyai hubungan yang kuat dengan audiens mereka dan relevan dengan niche produk anda.

2. Tidak Memberi Toolkit yang Lengkap Affiliate memerlukan panduan dan bahan pemasaran yang jelas untuk bekerja dengan berkesan. Tanpa affiliate toolkit yang lengkap, mereka mungkin terlepas peluang atau tidak tahu cara terbaik untuk mempromosikan produk anda

3. Kurang Motivasi dan Ganjaran Jika tiada insentif yang mencukupi, affiliate mungkin tidak berusaha sebaik mungkin. Pastikan anda menyediakan komisen yang menarik dan ganjaran yang setimpal untuk kerja keras mereka.


Kesilapan dalam Influencer Marketing

1. Memilih Influencer Berdasarkan Populariti Jangan hanya pilih influencer yang popular. Pastikan mereka mempunyai pengikut yang relevan dengan produk atau jenama anda. Seorang influencer yang tepat dengan audiens yang sesuai akan memberi impak yang lebih besar.

2. Tidak Memantau Prestasi Secara Berterusan Banyak HQ beranggapan kerja selesai selepas influencer buat posting pertama. Padahal, anda perlu memantau engagement dan keterlibatan audiens untuk melihat sama ada kempen itu berkesan atau tidak.

3. Tidak Menyediakan Kontrak yang Jelas Tanpa kontrak rasmi, banyak masalah boleh timbul. Pastikan anda mempunyai perjanjian bertulis yang jelas mengenai apa yang diharapkan dari influencer dan bagaimana pembayaran dilakukan.

Walaubagaimanapun apakah strategi terbaik dalam perniagaan? Adakah HQ perlu memilih hanya satu strategi saja untuk menjalankan bisnesnya ataupun kedua-dua strategi sekaligus? Untuk ketahuinya ikuti full podcast Sembang Squarelet kami di pautan yang tertera di bawah ini.


Tekan pautan ini 👇🏻:

https://youtu.be/jZuGDp5fWSM

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

TIN Number - Cara untuk dapatkannya dengan mudah!

Kenapa TIN (Tax Identification Number) Penting dan Bagaimana Cara Mendapatkannya TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengurusan dan rekod percukaian. Setiap individu yang bekerja atau menjalankan bisnes di Malaysia wajib memiliki TIN, terutamanya jika ada pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Tanpa TIN, banyak urusan rasmi tidak dapat diselesaikan dengan lancar. Bagaimana Cara Mendapatkan TIN? Bagi Individu: Untuk individu, proses mendapatkan TIN sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar akaun di portal MyTax LHDN (mytax.hasil.gov.my). Setelah mendaftar dan log masuk, nombor TIN anda akan dipaparkan di bahagian profil. Jika anda belum mendaftar, anda boleh menggunakan fungsi e-Daftar di portal tersebut. Perlu diingat, bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas, pendaftaran TIN dilakukan secara automatik melalui data Jabatan Pendaft...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...